Saturday, October 15, 2011

MASIH TIADA PENYESALAN

Sekali lagi aku datang balik dengan kes yang sama, “ KES BUANG BAYI”.

Baru-baru ini, ada gambar yang di kongsi oleh teman-teman di facebook. Kenapa ye, sanggup betul buat kerja yang tak berperikemanusian macam ni. Ingat bayi tu sampah ke? Apa le nak jadi dengan gadis-gadis/perempuan zaman sekarang. Dah merasa macam mana enak nya seks terus riak. Apa aku nak panggil dengan orang macam tu hah? Perempuan murahan? Perempuan jalang? Sundal? Huh………..tak pe , BIAR LE MEREKA DENGAN DOSA-DOSA MEREKA KERANA BALASAN YANG SETIMPAL MENUNGGU MEREKA DI NERAKA.

Apa le dosa bayi-bayi ni dibuang? Sedih betul tengok keadaan bayi-bayi yang dijumpai. Tak kesian ke tengok mereka? Amat lah memalukan perbuatan mereka yang tak bertanggungjawab ni. Berikut beberapa tajuk berita tentang kes buang bayi, tak sanggup aku kongsi isi berita. Amat menyakitkan hati.

KLANG 27 Julai - Mayat bayi lelaki ditemui dalam sungai

KUALA LANGAT 19 Feb -Bayi perempuan ditinggal depan rumah penduduk

BATU PAHAT 29 Jan.  Bayi baru lahir dibuang dalam longkang

SANDAKAN 24 Jan - Lagi bayi perempuan dibuang

JOHOR BAHRU 16 Jan. - 2 sahabat terkejut jumpa mayat bayi terapung

SUNGAI PETANI 16 Dis-  Bayi baru lahir dibuang depan hospital swasta

BALING 12 Okt.- Bayi baru lahir dibuang dalam semak

KUBANG PASU 19 Sept - Mahasiswa IPTA buang bayi di belakang dapur

KOTA BHARU 15 Sept - Keluarga sambut raya terkejut dengan penemuan bayi

SIBU 15 Sept.-  Bayi maut dicampak dari kenderaan bergerak

IPOH 15 Sept. - Bayi lelaki ditinggalkan di bawah jambatan

JOHOR BAHRU 22 Julai -Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas

MELAKA 17 Jun - Pemuda tanam bayi dihukum penjara dua tahun

SUBANG JAYA 6 Mei - Lagi mayat bayi ditemui

SEPANG 4 Mei - Ingatkan bunyi kucing, rupanya bayi menangis

KUCHING 6 Mac - Mayat bayi ditemui dalam longkang

 

 

Antara petikan individu berkenaan kes buang bayi

“Pelik kerana hari ini masyarakat mempunyai tahap pemikiran yang baik, asas agama kuat, tinggal dalam suasana aman dan damai dan penuh ciri ketimuran. Tetapi, mengapa perkara ini masih berlaku? Jika dikaji, memang tidak dinafikan perhubungan seks bebas mendorong gejala pembuangan bayi. Apabila sudah mengandung dan bagi mengelak malu kepada keluarga, cara mudah ialah membuang atau membunuh bayi itu.”-




Sampai bila perkara ni akan berlanjutan, walau banyak teladan dan penemuan yang memilukan bayi terbuang, mereka tak pernah mendapat pengajaran.

No comments: