Sunday, December 16, 2007

Mengenali Diri

Ketulinan : Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Anda merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.Anda suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau boss. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik Anda.

Pendamai : Dilahirkan sebagai diplomat. Anda selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Anda tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat Anda dan berupaya mendorong Anda untuk berjaya di dalam hidup; tetapi Anda sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

Ceria : Anda merupakan golongan yang idealistik. Anda sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Anda suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Anda suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Anda sangat popular dan idealistik.

Konservatif : Anda sangat peka dan tradisional. Anda sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Anda hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya Anda lakukan. Anda suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Anda mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Anda berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.

Perintis : Anda adalah perintis. Secara semulajadi Anda mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Anda perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah Anda, Anda memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran Anda tidak pernah terhenti.

Romantis : Anda adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat Anda. Perasaan Anda mempengaruhi keputusan Anda. Anda sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Anda sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Anda suka seni musik. Anda menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

Intelektual : Anda adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan Anda sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan Anda tidak mempengaruhi keputusan Anda. Anda suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling Anda tetapi Anda tidak suka dipersoalkan. Anda kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Anda gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Anda sangat suka berahsia.

Penyelesai : Anda adalah penyelesaian masalah. Anda adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Anda selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Anda sangat suka mengendalikan manusia. Anda melihat manusia secara objektif. Anda akan memberitahu seseorang dengan cara Anda tersendiri bahawa Anda adalah ketua.

Pelakon : Anda mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain, sangat penyayang dan pemurah. Dgn daya tarikan yang ada, Anda tidak mempunyai masalah untuk berkawan dgn sesiapa jua dan tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada Anda. Anda mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling Anda untuk memahami Anda. Anda umpama binatang sumpah² yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Anda mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood
).

No comments: